MALAY :: ENGLISH
 
Program menunggang kuda di sekolah menyediakan latihan Penjagaan dan Pengurusan Kuda serta latihan menunggang kepada guru-guru di Malaysia. Selain itu, program ini juga menyediakan latihan Penjagaan dan Pengurusan serta menunggang kuda kepada pelajar-pelajar muda berumur 9-17 tahun. Program ini juga menubuhkan Pergerakan Kelab Poni di Sekolah.
 
Tujuan RISP
  • Mewujudkan penglibatan meluas dengan penubuhan Kelab Poni di sekolah-sekolah disamping membina minat dan rasa cinta pada kuda
  • Menggalakan pelajar-pelajar menunggang disamping menikmati keseronokan dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan kuda
  • Memberi latihan dalam menunggang dan pengurusan serta mendidik penunggang menjaga serta mengurus kuda dengan betul
  • Membina dan mempertingkatkan semangat kesukanan dan membina sifat kerakyatan yang tinggi kearah pembinaan akhlak dan disiplin diri
Objektif RISP
  • Mengadakan kerjasama antara Majlis Ekuin Malaysia dengan Kementerian Pelajaran, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pusat-Pusat Ekuin
  • Menubuhkan Kelab Poni di semua pusat ekuin dan sekolah
  • Mewujudkan satu organisai dengan latihan yang berstruktur berlandaskan konsep Kelab Poni dan pelaksanaan projek
   
 
Important legal information - please read the Privacy Policy & Disclaimer before proceeding.
Copyright © 2004 - 2012 Malaysian Equine Council. All Rights Reserved.