MALAY :: ENGLISH
Struktur latihan Kelab Poni menggalakkan ahli-ahlinya mengambil ujian, yang mana membolehkan mereka mempelajari dari satu peringkat ke satu peringkat mengenai penjagaan kuda dan poni serta menunggang. Ujian-ujian diambil pada umur yang disyorkan dan direka agar mempunyai objektif-objektif tertentu.
 
Tahap D
Objektif: Untuk mempunyai pemahaman asas mengenai poni. Untuk memperolehi keyakinan dalam mengendalikan dan menunggang poni. Untuk mempertingkatkan dan berasa seronok mempelajari sesuatu mengenai poni. Umur minima yang disyorkan adalah 8 atau 9 tahun.
Tahap D+
Objektif: Latihan lebih giat untuk memperolehi dudukan seimbang yang bebas daripada tali kekang. Untuk memahami bantuan-bantuan asas dan berkebolehan untuk menggunakannya. Umur yang disyorkan adalah 10 tahun.
Tahap C
Objektif: Untuk memahami tentang kepentingan, dan latihan lebih giat untuk mencapai dudukan selamat yang bebas daripada tali kekang. Untuk menggunakan bantuan-bantuan asas secara betul. Untuk memperolehi pengetahuan mengenai penjagaan dan latihan seseekor poni yang distabelkan. Untuk mempunyai kawalan terhadap poni di jalanraya dan di kawasan desa. Untuk mengetahui peraturan-peraturan menunggang di kawasan arena dengan yang lain-lain. Umur minima yang disyorkan adalah 11 atau 12 tahun.
Tahap C+
Objektif: Untuk menjadi ‘horseman’ yang berpendidikan dan praktikal. Untuk menunggang melompati pagar dalam semua gerak langkah. Untuk memperolehi pengalaman dan pengetahuan praktikal mengenai penjagaan poni yang distabelkan dan poni yang dilepaskan di padang ragut. Untuk berkebolehan menunggang poni yang berkelakuan baik di pertandingan-pertandingan dan di semua aktiviti-aktiviti Kelab Poni. Untuk menunggang dengan bijak dan bertoleransi dengan yang lain ketika di jalanraya dan di kawasan desa, dan berpengetahuan berkaitan dengan gerak langkah, jarak dan disiplin ketika menunggang berseorangan dan di secara berkumpulan. Umur minima yang disyorkan adalah 14 tahun.
 
 
Important legal information - please read the Privacy Policy & Disclaimer before proceeding.
Copyright © 2004 - 2012 Malaysian Equine Council. All Rights Reserved.