Pusat-pusat Ekuestrian diserata Malaysia sedang memohon Status Keahlian Pusat Kelab
Poni. Ahli-ahli yang berkelayakan boleh menyertai Kelab Poni Malaysia di Kelab Poni
tempatan mereka yang bercawangan di Pusat Ekuestrian. Aktiviti-aktiviti setiap Pusat
diselanggarakan oleh Ketua Penunjukajar/Ketua Tadbir.
Keahlian dibuka kepada sesiapa yang berumur di bawah 21 tahun. Ahli-ahli
dikehendaki membayar yuran penyertaan (sekali sahaja) dan wang langganan dan
menerima buku panduan di cawangan Pusat Ekuestrian, wang langganan ini terdiri
daripada Keahlian Kelab Poni Malaysia.
Urusan-urusan Kelab Poni Malaysia dikendalikan oleh Majlis Kelab Poni Malaysia
yang beribupejabat di Majlis Ekuin Malaysia, 19A Jalan Titiwangsa, 53200, Kuala
Lumpur.
Keahlian memberi peluang kepada ahli untuk mempelajari dengan lebih mendalam
mengenai menunggang serta penjagaan kuda dan poni. Ahli-ahli digalakkan
untuk memupuk rasa minat dalam latihan mereka dan mempertingkatkan
pengetahuan dengan berusaha gigih untuk mencapai Lencana-lencana
Pencapaian (20 lencana meliputi pelbagai subjek) dan Ujian-ujian Kelab Poni
hingga ke Tahap ‘C+’.
|